Tanggungjawab Tukang Paip, Pendawai Jika Saluran Paip, Pendawaian Rosak.
Saturday, 28 July 2007
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Jika saluran paip atau pendawaian elektrik didapati rosak selepas disahkan menurut Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC), pihak yang akan dipertanggungjawabkan mengenainya adalah tukang paip atau pendawai. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting berkata ini merupakan peraturan yang dilaksanakan mengikut CCC yang menggunakan sistem tanggungjawab secara matriks.

CCC mula dilaksanakan sejak 13 April lepas bagi menggantikan Sijil Layak Menduduki bagi projek-projek pembinaan. Pada peringkat awal, CCC hanya boleh digunakan bagi projek yang dikemukakan selepas 13 April 2007 dan sijil ini hanya akan dikeluarkan selepas bangunan itu disiapkan dan disahkan, katanya.

Sistem tanggungjawab secara matriks ini menerangkan secara terperinci tanggungjawab pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam projek pembangunan

"Ini bermakna lebih daripada seorang individu bertanggungjawab kerana CCC menghendaki 21 borang untuk diproses bagi setiap bahagian proses pembinaan. Ini bermakna tukang paip dan pendawai juga bertanggungjawab pada bahagian mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Pelabur Pembeli Hartanah Antarabangsa Ketiga di sini hari ini.

Ong berkata dengan menggunakan sistem tanggungjawab secara matriks bagi CCC, ini dapat memastikan mereka yang terlibat dalam projek pembinaan akan lebih bertanggungjawab walaupun kelulusan keseluruhan bagi bangunan adalah bidang kuasa jurutera dan arkitek.

Beliau berkata CCC pertama mengikut sistem penyampaian baru kerajaan hanya akan dikeluarkan selepas akhir tahun depan kerana projek pembinaan kebiasaannya mengambil masa lebih 18 bulan untuk siap.

Mengenai pelaksanaan Pusat Sehenti (OSC) oleh pihak berkuasa tempatan bagi memperbaiki sistem penyampaian kerajaan, Ong berkata pelaksanaannya berjalan baik dengan semua pusat berkenaan beroperasi sejak 13 Jun lepas.

"Saya baru melaporkan kepada Kabinet mengenai kemajuan OSC. Semua kerajaan negeri menyokongnya dan mereka memberikan kerjasama penuh. Kami menjangkakan urusan akan lebih lancar selepas ini," katanya.

-- BERNAMA
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan