Bayar kompaun sebelum 24 Ogos.
Wednesday, 01 August 2007
KLANG, 31 Julai (Utusan Malaysia) -- Orang ramai dinasihat supaya menjelaskan semua kompaun Majlis Perbandaran Klang (MPK) selewat-lewatnya 24 Ogos ini atau menghadapi risiko dihadap ke mahkamah.

Yang Dipertua MPK, Mislan Tugiu berkata, untuk menggalakkan orang ramai menjelaskan kompaun berkenaan, pihak majlis telah menawarkan potongan khas ke atas kompaun- kompaun yang dikeluarkan. Katanya, orang ramai yang menjelaskan kompaun masing-masing sepanjang Kempen Pembayaran Kompaun antara 25 Jun hingga 24 Ogos ini layak menikmati diskaun khas.

‘‘Potongan automatik akan diberikan kepada mereka yang memiliki kompaun-kompaun yang dikeluarkan oleh MPK,’’ katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semua kompaun atas kesalahan tidak membayar caj meter akan dikenakan denda sebanyak RM30 manakala kesalahan trafik seperti menghalang petak, menghalang lalu lintas dan meletak kenderaan di luar petak akan dikenakan denda sebanyak RM40.

Mislan bagaimanapun menjelaskan, kadar kompaun untuk pemilik kompaun yang telah didaftarkan dengan mahkamah untuk perbicaraan hanya dapat ditentukan oleh pegawai undang-undang.

Mengenai Kempen Pembayaran Kompaun yang diadakan sejak 25 Jun lalu, Mislan memberitahu, sebanyak 17,780 kompaun dengan nilai denda mencecah RM702,180 berjaya dikumpul oleh MPK setakat 28 Julai lalu.

‘‘Kempen ini berjaya mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai yang menggunakan peluang ini sama ada untuk menyemak status kompaun atau menjelaskan denda berkenaan,” jelasnya.

Tegasnya, kempen itu diadakan untuk menyedar dan menggalakkan orang ramai untuk menjelaskan kompaun mereka dengan kadar potongan istimewa sebelum mereka dikenakan tindakan mahkamah.

‘‘Disebabkan kekurangan kesedaran mengenai pembayaran kompaun, saya difahamkan ada individu memiliki sehingga 50 kompaun MPK yang belum dijelaskan.

‘‘Saya berharap kempen ini akan berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai untuk melunaskan semua kompaun yang dikeluarkan MPK sebagai tanggungjawab dalam mematuhi peraturan perbandaran,’’ katanya.

Beliau berharap orang ramai yang menerima kompaun dari MPK segera menggunakan peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun masing-masing.

Menurutnya, MPK masih mengamalkan pendekatan mesra rakyat dan memberi peluang kepada pesalah untuk menjelaskan kompaun masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan tersebut.

‘‘Kami bersikap mesra itu dengan menganjurkan kempen seperti ini sebagai satu landasan untuk memudahkan orang ramai membayar kompaun.

‘‘Pihak MPK telah menggunakan banyak sumber untuk menjayakan kempen ini termasuk mempromosikan kempen ini melalui kain-kain rentang, akhbar-akhbar tempatan serta mengedarkan risalah mengenainya di kawasan perumahan dan pusat-pusat komersial di sekitar Klang,’’ ujarnya.

Berikutan itu, Mislan menasihat orang ramai agar segera menjelaskan kompaun yang dikeluarkan sebelum terlambat atau dikenakan tindakan undang-undang.

‘‘Kami (MPK) telah memberi masa yang secukupnya iaitu selama dua bulan dan pemilik kenderaan sepatutnya dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya,’’ katanya.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan