Kastam guna EVIS atasi curi kenderaan.
Thursday, 16 August 2007
PUTRAJAYA, 16 Ogos (Berita Harian) -- Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan melancarkan Sistem Maklumat Kenderaan Elektronik (EVIS) bulan depan, dalam usahanya menangani masalah kesesakan di semua pintu masuk ke negara ini, selain mengatasi peningkatan kes kenderaan curi yang masuk dari negara jiran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata sistem EVIS yang sedang diuji di semua pintu masuk di Brunei dan Thailand itu, membolehkan pemilik kenderaan mendaftar kenderaan mereka menerusi internet, sebelum masuk atau keluar dari negara ini.

"Sistem ini bukan saja mempercepatkan kemasukan kenderaan ke negara ini tetapi juga memastikan semua kenderaan yang masuk adalah sah, bukan kereta curi dan kastam yakin ia dapat membantu polis mengesan sekiranya ada kenderaan curi masuk dari negara jiran.

"Jika sistem ini didapati berkesan untuk menangani kedua-dua masalah itu, kita akan berbincang dengan rakan sejawatan di negara lain supaya ia dapat diperkenalkan di negara berkenaan.

"Setakat ini, Brunei dan Indonesia sudah menyatakan persetujuan untuk menggunakan sistem sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Pekerja Kolar Emas dan dua galeri kastam iaitu Galeri Putra Perdana Merdeka serta Galeri Kualiti Sri Kencanaku di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Ng Yen Yen.

Katanya, buat permulaan sistem EVIS itu akan dilancarkan di empat pintu masuk Malaysia di Sarawak iaitu Sungai Tujuh, Pandaruan, Mengkalap dan Tedungan, sebelum diperluaskan ke sempadan Thailand, Indonesia dan Singapura.

Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan