Bajet 2008 gerakkan ICT lebih pantas.
Monday, 10 September 2007
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Utusan Malaysia) -- Syarikat pembekal produk dan perkhidmatan rangkaian, Cisco Malaysia yakin pelbagai inisiatif yang ditawarkan bagi sektor berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada Bajet 2008 akan menggerakkan teknologi lebih pantas dalam pelbagai sektor. Pengarah Urusannya, Kumaran Singaram berkata, syarikat itu menyambut baik langkah kerajaan meningkatkan penggunaan jalur lebar kepada 50 peratus kepada isi rumah pada tahun 2010 berbanding 12 peratus sekarang.

‘‘Kami percaya tarikan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta akan meningkatkan penggunaan jalur lebar dan teknologi komunikasi yang menyeragamkan data, suara dan video,’’ katanya di sini hari ini.

Presiden dan pengasas bersama Skali, Aimi Aizal Nasharuddin berkata, inisiatif yang diumumkan bagi industri ICT dalam Bajet 2008 bakal meningkatkan pembangunan kapasiti dan infrastruktur kepada sektor tersebut.

‘‘Memandangkan industri ICT tempatan kini memainkan peranan utama, negara memerlukan lebih banyak pekerja dengan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi.

‘‘Pembinaan Institut Pembangunan Pekerja Berkemahiran dan Pusat Animasi Digital Malaysia bakal meningkatkan kepakaran pekerja tempatan, katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan dan Pemasaran Negara, Intel Malaysia, Debjani Ghosh berkata, pengecualian duti import dan cukai jualan perkakasan jalur lebar dan peranti keperluan pengguna dijangka akan meningkatkan penggunaan WiMAX di seluruh negara.

Selain itu, katanya, peluasan penggunaan jalur lebar merentasi kawasan pinggir bandar juga dijangka membantu meningkatkan penggunaan komputer, sekali gus mengurangkan jurang digital.

‘‘Intel menaruh harapan, semua insentif akan memberi galakan kepada agensi-agensi yang relevan untuk memberi keutamaan kemampuan penyampaian dan perkhidmatan jalur lebar berkualiti di seluruh negara,’’ ujar beliau.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan