Talian 999 Titik Tumpuan Perlindungan Kanak-kanak.
Friday, 21 September 2007
KUALA LUMPUR, 2O Sept (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama polis akan menjadikan talian kecemasan 999 sebagai talian utama bagi mengatasi masalah kanak-kanak hilang, didera ataupun menghadapi sebarang masalah. Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata talian ini adalah talian sementara sebelum satu talian khas kanak-kanak diwujudkan untuk tujuan tersebut.

"Kita berjanji akan melihat semua sistem yang ada pada hari ini supaya jika ada ibu bapa dan masyarakat yang memerlukan bantuan, bolehlah ada satu talian utama untuk mereka membuat aduan mengenai kanak-kanak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat berkaitan tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah penderaan dan kehilangan kanak-kanak yang turut dihadiri Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan beberapa badan bukan kerajaan di kementerian itu.

Mesyuarat itu diadakan berikutan beberapa kes penderaan dan kehilangan kanak-kanak yang banyak berlaku akhir-akhir ini termasuk kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin.

Shahrizat berkata pihaknya telah berbincang dengan polis untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan talian 999 secepat mungkin bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Talian bantuan kanak-kanak ini adalah selaras dengan usaha kerajaan mewujudkan polisi perlindungan kanak-kanak yang diwujudkan sebagai salah satu langkah untuk menjadikan Malaysia selamat untuk kanak-kanak.

Selain itu, kementerian itu dan polis akan mengadakan sistem pengesanan di mana setiap mereka yang didakwa kerana kes penderaan kanak-kanak di mahkamah dan sabit kesalahannya akan direkodkan dan diperhatikan.

Beliau berkata ini bagi memastikan mereka tidak mengulangi perkara yang tidak diingini itu.

Ditanya mengenai cadangan supaya tindakan mahkamah diambil terhadap ibu bapa yang cuai dalam penjagaan anak-anak mereka, katanya: "Saya dah minta pegawai kebajikan jika mendapat laporan mana-mana ibu bapa cuai, kita tidak akan fikir dua kali untuk membawa mereka ke mahkamah."

Shahrizat berkata kementerian itu juga telah mengadakan pelbagai kursus, program dan modul kekeluargaan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat untuk menangani kes penderaan dan kehilangan kanak-kanak.

Bagaimanapun kursus itu tidak memberi makna jika ibu bapa dan masyarakat tidak mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak dan aktiviti mereka, katanya.

-- BERNAMA
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan