Had laju jalan negeri, Persekutuan 80km/j.
Friday, 28 September 2007
PUTRAJAYA, 28 Sept (Berita Harian) -- Had laju kenderaan di jalan Persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dikurangkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j, manakala had laju lebuh raya kekal 110 km/j sepanjang tempoh musim Aidilfitri mulai 6 Oktober hingga 12 November depan. Pada masa sama, kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya pada 10, 11 dan 12 Oktober serta 20 dan 21 Oktober bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan pengguna pulang ke kampung serta mengurangkan risiko kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas, berkata kerajaan memutuskan penurunan had laju dan larangan penggunaan lori itu bagi memastikan risiko kemalangan, terutama di lokasi hitam dikurangkan.

Katanya, kompaun RM300 tanpa rayuan akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan yang ingkar peraturan had laju serta lima kesalahan serius lain iaitu memotong barisan, melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan dan memandu secara berbahaya memotong di garisan berkembar.

"Kita beri peringatan ini kerana jumlah kenderaan yang menggunakan jalan Persekutuan, negeri dan lebuh raya meningkat hingga tiga kali ganda pada musim perayaan," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini semalam.

Douglas Unggah berkata, JPJ dan agensi lain termasuk polis akan melancarkan gerakan penguatkuasaan bersepadu secara besar-besaran menerusi Ops Sikap mulai 7 Oktober hingga 21 Oktober bagi mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

Katanya, JPJ akan menggerakkan 1,200 anggota bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh itu.

"Ops Bersih II juga akan dilancarkan bagi memeriksa bas ekspres, bas persiaran dan pemandu di 40 perhentian bas di seluruh negara," katanya.

Douglas Unggah berkata, operasi penguatkuasaan melalui kaedah terbuka dan terlindung akan dilaksanakan dengan tumpuan diberi terhadap kesalahan serius.

"Operasi penguatkuasaan secara terlindung dilakukan menggunakan kenderaan tidak bertanda yang dilengkapi kamera video dan alat perakam had laju," katanya sambil menambah perhatian turut diberikan kepada penunggang motosikal.

Beliau berkata, perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, juga akan disiarkan di akhbar tempatan bagi tujuan kempen keselamatan jalan raya.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan