Rekod murid perlu diselaras.
Thursday, 18 October 2007
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Berita Harian) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu supaya Kementerian Pelajaran menyegerakan proses pelarasan merekod maklumat murid dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) mulai sesi persekolahan depan. Mereka mendakwa ketika ini guru terpaksa membuat kerja dua kali mengisi maklumat peribadi dan pencapaian di bidang akademik serta kokurikulum iaitu kad 001 (manual) serta SMM (komputer) untuk murid.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata berkata pihaknya sudah memperjuangkan pemansuhan Kad 001 berikutan pengenalan SSM sejak tiga tahun lalu yang dirasakan lebih rasional dengan penggunaan teknologi maklumat (IT).

Katanya, kad 001 yang digunakan sejak 1966 sudah tidak lagi rasional digunakan disebabkan beberapa faktor antaranya seperti membazir masa dan wang bagi membeli kad berkenaan setiap kali sesi persekolahan.

"Jika ia dimansuhkan dan digantikan SMM yang lebih mudah, guru mendapat rehat cukup untuk memberi fokus sepenuhnya kepada sesi pengajaran di sekolah.

"Apa guna kementerian mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membangunkan SSM melalui aplikasi serta perisian lebih canggih tetapi hanya menyusahkan guru dengan membuat kerja sama berulang kali," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan