Lawatan mengejut KSN.
Friday, 02 November 2007
KUALA LUMPUR, 2 N0v (Berita Harian) -- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam mengetuai Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dalam lawatan mengejut ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk meninjau pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan. Dalam lawatan turut disertai Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Yong Poh Kon dan Ketua Pengarah Mampu, Datuk Normah Md Yusof, Mohd Sidek mengumumkan mengambil MPAJ sebagai anak angkat.

Sehubungan itu, beliau meminta MPAJ memperbaiki sistem pengurusan Borang Kaji Selidik Penambahbaikan mutu perkhidmatan MPAJ kaunter, mewujudkan kaunter pelbagai tugas dan sistem pengesanan permohonan di Unit OSC Pembangunan.

Lawatan itu sebahagian daripada usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang diharap dapat memuaskan kehendak pelanggan.

Selain meninjau kaunter perkhidmatan pelanggan, sesi perbincangan diadakan dengan warga kerja MPAJ.

Yang Dipertua MPAJ, Mohammad Yacob, berkata pihaknya mengalu-alukan cadangan orang ramai mempertingkatkan usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan