JPS tingkat sistem maklumat ramalan, amaran banjir.
Monday, 05 November 2007
LANGKAWI 4 Nov (Utusan Malaysia) -- Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah meningkatkan sistem maklumat ramalan banjir bagi memastikan maklumat ramalan dan amaran banjir berjalan lancar.

Ketua Pengarah JPS, Datuk Paduka Keizrul Abdullah berkata, orang ramai boleh melayari laman web: www.infobanjir.water.gov.my untuk mendapat maklumat terkini mengenai banjir.
“Kami mampu mengeluarkan info ramalan banjir dalam tempoh 24 jam sebelum berlaku banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Hari Kualiti dan Intergriti 2007 di sini hari ini, yang dihadiri lebih 600 kakitangan JPS seluruh negara.

Keizrul yakin penggunaan sistem canggih secara dalam talian (online) itu dapat mengukur data hujan dan paras air sungai dengan lebih cepat untuk dianalisis oleh pegawai-pegawai JPS sebelum dihantar ke laman web itu.

Beliau berkata, sebelum ini, warga kerja JPS terpaksa bertugas di tebing sungai apabila hujan turun untuk mengukur paras air yang kemudian memaklumkan kepada balai polis berdekatan untuk menghubungi bilik gerakan.

Beliau berkata, JPS sudah bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan mengarahkan pengarah JPS negeri dan daerah di seluruh negara memastikan sungai dan parit dibersihkan.

“Mereka juga perlu memastikan semua peralatan, kelengkapan, bot dan kenderaan dalam keadaan baik untuk diguna apabila diperlukan dan cuti kakitangan akan dibekukan apabila hujan turun secara meluas.

“Semasa banjir kami akan bertugas 24 jam dengan membuka bilik gerakan untuk membantu mengatasi masalah banjir,” katanya.

Terdahulu, ketika mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menutup program itu, Keizrul mengarahkan semua pejabat JPS negeri mendapatkan persijilan ISO 14000 bagi menjayakan program satu negeri satu sungai untuk dipulihkan.

JPS Pulau Pinang meraih kejuaraan keseluruhan hari kualiti Piala Ketua Pengarah JPS.

- Bernama
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan