|
Kaunter bergerak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. |
|
Friday, 23 November 2007 |
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Utusan Malaysia) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuka Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan bagi menggalakkan dan memberi kemudahan kepada peniaga atau penjaja di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur mendaftarkan perniagaan masing-masing.
“Program kerjasama antara SSM dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini juga membolehkan mereka mendengar taklimat berkaitan mendaftarkan perniagaan dan juga memberi latihan E-Perkhidmatan,” kata Eksekutif Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Peniaga dan penjaja yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian di Dewan Sivik MBPJ pada 4 Disember ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. |
|
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
|