|
OSS Majukan Industri Perisian Negara, Jimat Kos - KSN. |
|
Friday, 07 December 2007 |
|
PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata penggunaan Open Source Software (OSS) dalam pelaksanaan projek-projek informasi, komunikasi dan teknologi (ICT) dapat memajukan industri perisian negara melalui pembangunan kepakaran tempatan.
Selain itu, ini menjadi salah satu kaedah bagi kerajaan menjimatkan perbelanjaan, katanya pada majlis perasmian Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGosscon) 2007 di sini hari ini.
Beliau berkata, peluang terbuka luas untuk pakar-pakar perisian tempatan menguasai pengetahuan teknikal berkaitan OSS dan seterusnya berinovasi serta menggunakan kreativiti dalam membangunkan aplikasi berasaskan OSS.
"Produk yang dihasilkan kelak boleh dijadikan sebagai harta intelek negara. Ini merupakan perkembangan sihat yang menggalakkan inovasi serta menyumbang kepada pembangunan modal insan dan kepakaran tempatan dalam bidang ICT," katanya.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah MAMPU, Jabatan Perdana Menteri Datuk Normah Md Yusof; dan presiden Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Yong Poh Kon.
-- BERNAMA |
|
Last Updated ( Friday, 07 December 2007 )
|