Malaysia perlu perkasa undang-undang siber.
Thursday, 13 December 2007
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Berita Harian) -- Akta sedia ada belum mencukupi sekat jenayah berkaitan ICT. Malaysia perlu memperkasa undang-undang siber yang diguna pakai di negara ini dengan merumuskan lebih banyak peruntukan bagi membendung atau menghukum pesalah jenayah itu untuk memastikan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mampu terus berkembang pesat. Naib Presiden bagi Hal Ehwal Korporat Global di Microsoft Corporation, Pamela Passman, berkata undang-undang yang terhad akan menyukarkan kerajaan dan pihak berkuasa untuk menyekat jenayah siber.

"Malaysia sudah mempunyai Akta Tandatangan Digital dan Akta Jenayah Siber yang boleh digunakan untuk menyekat kegiatan berkenaan. Cuma ia mungkin tidak mencukupi," katanya selepas menyampaikan ceramah Peluang Pekerjaan Baru pada Persidangan Pengetahuan Global Ketiga (GK3) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Program tiga hari itu dianjurkan Global Knowledge Partnership (GKP) dan dihadiri kira-kira 500 peserta dari seluruh dunia. Antara lain, program itu memfokuskan kepada perbincangan mengenai pembangunan pengetahuan serta ICT.

Passman berkata, Malaysia juga patut melabur lebih banyak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah siber dan kerajaan perlu tegas dalam menghukum pesalah yang menjadikan dunia siber sebagai medan untuk melakukan jenayah.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab, Passman berkata, pelaburan yang besar tidak perlu disalurkan kepada kemudahan prasarana sebaliknya ia harus diperuntukkan untuk pembangunan modal insan.

September lalu, akhbar melaporkan Britain akan mengenakan denda sehingga 1,000 pound (RM7,000) terhadap ibu bapa 'pembuli siber' atau pelajar yang terbabit mengancam rakan mereka menerusi telefon bimbit, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web sosial.

Selain didenda, ibu bapa terbabit juga diarahkan mengawal tindak tanduk anak atau mereka sebaliknya akan diwajibkan menghadiri kelas keibubapaan serta dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
Last Updated ( Thursday, 13 December 2007 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan