Jaminan agih buku teks minggu depan.
Monday, 07 January 2008
PUTRAJAYA, 7 Jan (Berita Harian) -- Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran akan memastikan semua sekolah seluruh negara menerima bekalan buku teks selewat-lewatnya minggu depan. Pengarahnya, Abdul Hamid Md Shah, berkata berdasarkan laporan awal Pejabat Pelajaran negeri, semua urusan penghantaran buku berjalan lancar.

"Bagaimanapun, kita akan menghubungi penerbit bagi mendapatkan laporan terperinci mengenai bekalan buku teks.

"Setakat ini, berdasarkan laporan Pejabat Pelajaran negeri, kebanyakan bekalan sudah sampai dan saya yakin semua sekolah akan menerima bekalan masing-masing dalam tempoh ditetapkan," katanya semalam.

Laporan sebelum ini menyatakan semua sekolah seluruh negara dijangka menerima bekalan buku teks selewat-lewatnya minggu kedua sesi persekolahan berikutan pelbagai langkah proaktif pelbagai pihak termasuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), sekolah dan penerbit.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, kementerian akan memastikan kekurangan buku teks ditampung segera bagi mengurangkan beban ibu bapa.

Hishammuddin berkata, kementerian sudah mengambil beberapa langkah termasuk meminta sekolah mengisytiharkan stok buku teks sedia ada dan menyediakan stok di Stor Pusat Daerah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.

Ditanya mengenai beberapa sekolah di negeri yang terbabit dengan banjir baru-baru ini, Abdul Hamid berkata, semakan terhadap stok buku teks akan dilakukan.

Katanya, bancian yang sudah dijalankan terhadap sekolah berkenaan hanya membabitkan bilangan pelajar dan bukan buku teks.

"Sehubungan itu, kita terpaksa membuat semakan kerana sebahagian buku teks ada bersama pelajar terbabit ketika bencana berlaku," katanya.

Abdul Hamid berkata, sekolah terbabit banjir diminta membuat pesanan terus melalui JPN di negeri masing-masing.

Selain itu, kementerian menyediakan hotline Bahagian Buku Teks iaitu 03-88844290 untuk membantu orang ramai termasuk sekolah swasta dan Maktab Rendah Sains Mara yang inginkan penjelasan, penerangan serta menghadapi masalah buku teks.
Last Updated ( Monday, 07 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan