Layan semua permohonan – KSN.
Thursday, 17 January 2008
PUTRAJAYA, 16 Jan (Utusan Malaysia) -- Kakitangan semua jabatan dan agensi kerajaan tidak lagi boleh menolak sewenang-wenangnya sebarang permohonan daripada orang ramai sekalipun di luar bidang kuasa mereka. Sebaliknya, kakitangan terbabit perlu menerima permohonan tersebut dan seterusnya membawanya kepada pegawai yang bertanggungjawab.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam.

Katanya, ia sesuai dengan tekad ‘Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian dan Satu Pintu Penerimaan’ yang akan menjadi pegangan kakitangan awam tahun ini.

“Satu Pintu Penerimaan bermaksud, orang ramai tidak lagi sewenang-wenangnya boleh dinafikan perkhidmatan walaupun perkhidmatan yang ingin diperoleh itu bukan terletak di bawah tanggungjawab jabatan terbabit.

“Sebaliknya, kakitangan tersebut perlu terus memberikan perkhidmatan dengan menerima permohonan itu dan menyerahkan ia kepada pegawai atau pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Sidek berkata, usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disasarkan tahun ini akan didukung oleh enam tonggak iaitu:

* Merancang, melaksanakan, memantau, menguatkuasakan dan menyemak semula.

* Memperkasa tenaga kerja dengan sikap yang betul, kemahiran dan stamina bekerja.

* Memperbaiki penyampaian oleh barisan depan.

* Memanfaatkan sepenuhnya teknologi bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

* Bertindak membasmi kemiskinan.

* Memupuk gandingan berkesan dengan pemegang kepentingan.

Mohd. Sidek berkata, antara tumpuan utama tahun ini adalah meningkatkan sistem penyampaian barisan depan perkhidmatan awam melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat tanah dan agensi yang banyak berurusan dengan orang ramai seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kastam Diraja Malaysia.

“Kita akan menempatkan pemimpin yang benar-benar berkebolehan untuk membawa perubahan di PBT, berhadapan dengan pelanggan dan bersikap terbuka kepada maklum balas orang ramai. Langkah ini boleh mengurangkan kekecewaan rakyat,” katanya.

Menurutnya, pembangunan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) akan menjadi agenda utama bagi membolehkan kualiti perkhidmatan ditingkatkan.
Last Updated ( Thursday, 17 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan