Keputusan MUET Diumum Khamis.
Tuesday, 22 January 2008
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2007 akan dikeluarkan Khamis ini. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Khawari Idris dalam satu kenyataan hari ini berkata semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing seawal pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos.

Belian berkata calon-calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan hantar ke 39003 bermula 24 Jan dari 12.01 pagi.

"Mereka juga boleh melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my bermula pukul 9 pagi pada tarikh itu," katanya.

Bagi calon yang ingin menduduki semula peperiksaan berkenaan, mereka perlu membuat pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan sebelum 30 Jan.

-- BERNAMA
Last Updated ( Tuesday, 22 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan