|
Keputusan Rayuan Kursus Perguruan Ijazah Dan J-Qaf Diumum 30 Januari. |
|
Tuesday, 22 January 2008 |
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Keputusan rayuan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mode Sepenuh Masa dan j-Qaf Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ambilan Januari 2008 akan diumumkan 30 Januari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Emily Clarice Joannes hari ini berkata semua calon boleh menyemak keputusan rayuan tersebut dengan melayari laman kementerian di alamat http://www.moe.gov.my.
Calon yang berjaya mendapat tawaran hendaklah mencetak surat tawaran sementara dan membawa surat berkenaan pada hari pendaftaran, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau turut menasihati calon yang berjaya untuk membaca semua arahan dengan teliti serta mematuhinya.
-- BERNAMA |
|
Last Updated ( Tuesday, 22 January 2008 )
|