BLESS selaras permohonan lesen.
Thursday, 31 January 2008
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Utusan Malaysia) -- Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) telah menubuhkan sistem ‘Perkhidmatan Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan’ (BLESS) bagi menyelaraskan proses permo-honan lesen perniagaan. Menurut kenyataan Pemudah hari ini, BLESS bertindak sebagai saluran tunggal dalam talian bagi menyelaras proses permohonan lesen perniagaan yang meliputi sektor pengilangan.

‘‘BLESS akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat termasuk juga untuk sektor-sektor lain,’’ katanya.

Selain itu, menurut Pemudah, melalui usahanya mengurangkan kerenah birokrasi di jabatan-jabatan kerajaan, telah membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih kompetitif dan mudah menjalankan perniagaan.

Katanya, pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kesungguhan beliau untuk menghapuskan kerenah birokrasi.

‘‘Walaupun kami baru ditubuhkan tidak sampai setahun, tetapi kami telah mengambil beberapa langkah berani bagi menghapuskan banyak prosedur usang yang menyukarkan dan menghalang kelancaran urusan perniagaan serta memburukkan imej sistem penyampaian di negara ini,’’ jelasnya.

Pemudah berkata, Perdana Menteri sering menekankan pentingnya sistem penyampaian awam ditingkatkan bagi mengurangkan amalan rasuah dan sikap meminta sogokan.

Menurut Pemudah, Malaysia tidak memerlukan khidmat orang tengah atau orang suruhan dalam urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.
Last Updated ( Thursday, 31 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan