Bas ekspres diwajib pasang GPS.
Tuesday, 19 February 2008
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Berita Harian) -- Semua bas ekspres akan diwajib menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS) selewat-lewatnya April ini, untuk mengesan salah laku pemandu, sekali gus sebagai usaha mengurangkan kemalangan membabitkan pengangkutan awam berkenaan. Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir kajian penggunaan GPS yang mampu memantau pergerakan bas ekspres di seluruh negara melalui telefon bimbit pegawai syarikat masing-masing.

“Kita akan melaksanakan langkah ini dalam tempoh sebulan dua lagi. Melalui GPS, pihak berkuasa dapat mengesan kesalahan pemandu antaranya memandu melebihi had laju, secara berbahaya, tidak mengikut jadual atau membrek secara mengejut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan fasa pertama sistem pembelian tiket bas, Axcess MyTicket Hub, di sini, semalam.

Markiman berkata, menerusi GPS pemantauan dibuat sendiri syarikat masing-masing dan pelaksanaannya mampu meningkatkan kesedaran pemandu terhadap pematuhan undang-undang jalan raya.

Beliau berkata, sistem GPS yang dipasang secara sukarela oleh sesetengah syarikat bas ekspres sebelum ini memperlihatkan kadar kejayaan tinggi dari segi pengawasan kelajuan bas.

“Bagaimanapun, kita masih mengkaji keperluan pemasangan sistem sama kepada teksi di negara ini bagi mengelakkan penumpang daripada ditipu, terutama membabitkan kadar tambang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Markiman berkata, amaran keras sudah dikeluarkan terhadap dua syarikat pengangkutan awam, Syarikat Kenderaan Seremban-Kuala Lumpur Sdn Bhd (SKS) dan Eltabina Jaya Sdn Bhd berhubung kejadian kemalangan maut sepanjang November dan Disember tahun lalu.

Beliau berkata, dua syarikat itu hanya diberi amaran dan nasihat selepas jawatankuasa siasatan LPKP mendapati mereka sudah menggunakan kemampuan sedia ada untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

“Kita sudah memberi nasihat dan amaran kepada syarikat ini supaya mengambil langkah perlu agar tidak mengulangi kesilapan lalu,” katanya

Katanya, enam lagi syarikat pengurusan pengangkutan awam akan dipanggil hari ini untuk disoal siasat jawatankuasa siasatan yang dipengerusikannya.
Last Updated ( Tuesday, 19 February 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan