RM2j bantu usahawan muda animasi.
Wednesday, 20 February 2008
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Berita Harian) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memperuntukkan sejumlah RM2 juta untuk membantu usahawan muda yang kreatif dalam bidang animasi dan kandungan digital supaya produk mereka dapat diketengahkan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi satu pertunjukan produk animasi dan kandungan digital dengan produk kreatif dan mempunyai pembeli akan diberi geran awal serta-merta.

“Saya sudah mengarahkan Multimedia Development Corporation (MDEC) untuk mengadakan pertunjukan produk animasi ini buat pertama kalinya di negara ini seperti ‘pertunjukan fesyen’.

“Produk yang mempunyai pembeli dan berkualiti akan diberi di bantuan dari segi kewangan serta merta.

“Jumlah ini adalah peruntukan awal bagi tahun ini dan kita akan tambah jika ada keperluan. Ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk menarik minat lebih ramai anak muda kreatif, tetapi kurang dana dalam bidang animasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kreatif Inovasi dan Inkubator Koridor Raya Multimedia (MSC) di Plaza Sentral di sini, semalam.

Dr Jamaludin berkata, pemberian peruntukan yang dibuat serta-merta itu juga adalah antara usaha kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi dalam memastikan produk animasi diberikan bantuan.

Sementara itu, Dr Jamaludin yang juga Ahli Parlimen Rompin menyangkal dakwaan pembangkang bahawa program angkasawan adalah projek pembaziran yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, dakwaan seumpama itu adalah politik murahan pembangkang kerana sudah jelas program angkasawan memberi banyak faedah kepada rakyat dan negara.
Last Updated ( Wednesday, 20 February 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan