PBT diminta pertingkat sistem penyampaian.
Friday, 22 February 2008
PUTRAJAYA, 22 Feb (Berita Harian) -- Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mempertingkatkan prestasi sistem penyampaian masing-masing bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Beliau berkata, saranan itu dibuat berikutan usaha kerajaan melaksanakan pelbagai program penambahbaikan sejak tahun lalu bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Pelbagai langkah sewajarnya sudah diambil bagi meningkatkan mutu sistem penyampaian sektor awam, antaranya memperkenalkan tatacara baru untuk mempercepatkan urusan dengan PBT seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Malah, kerajaan turut menggantikan Sijil Layak Menduduki (CF) dengan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang memberi kuasa kepada PBT untuk meluluskan pelan bangunan sebelum CCC dikeluarkan arkitek atau jurutera profesional selepas bangunan siap dan selamat didiami.

“Langkah ini dijangka dapat mengurangkan aduan mengenai ketidakcekapan perkhidmatan PBT,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Labuan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Sehubungan itu, Mohd Sidek berharap PBT mampu untuk menunjukkan perubahan prestasi khususnya dengan terlaksananya sistem penarafan bintang, mulai bulan depan.

“Kita mahu menerusi sistem bintang PBT akan mendapat penarafan lima bintang bukan saja di atas kertas, tetapi juga perkhidmatan yang diberikan,” katanya.
Last Updated ( Friday, 22 February 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan