Organisasi kerajaan diarah wujud penanda aras
Friday, 25 May 2007

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu setiap organisasi kerajaan mewujudkan penanda aras pencapaian berdasarkan organisasi lain yang berjaya dan bukan sekadar membandingkan pencapaian berdasarkan prestasi terdahulu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, organisasi juga perlu menganalisis kedudukan dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Beliau berkata, penanda aras pencapaian perlu untuk mengetahui kedudukan terkini berbanding organisasi lain sebagai persediaan menghadapi cabaran globalisasi.

“Persaingan dalam era teknologi maklumat dan pasaran global menjadikan cabaran akan kita hadapi menjadi lebih hebat. Hanya yang terbaik terus kekal dan relevan.

“Individu atau organisasi yang tidak berusaha berubah dan cuba memperbaiki perkhidmatan selaras peredaran masa akan ketinggalan,” katanya pada majlis Sambutan Hari Pekerja dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007, Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Latffi Hashim. Pada majlis itu 100 anggota awam dan tentera menerima sijil perkhidmatan cemerlang dan cek RM1,000 yang disampaikan Ahmad Latffi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Najib yang juga Menteri Pertahanan, berkata organisasi mesti diurus secara cekap kerana pengurusan tanpa perancangan strategi yang bijak tidak akan bertahan lama.

Beliau juga berkata, penambahbaikan sistem sedia ada seperti penerokaan berterusan terhadap teknologi baru perlu diberi penekanan kerana harapan pelanggan semakin meningkat selaras kepesatan perkembangan teknologi.

“Kita harus berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan aplikasi teknologi yang optimum dan bersesuaian dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Najib juga berkata, kakitangan awam dan tentera di Kementerian Pertahanan perlu bersedia melengkapkan diri, bertindak cepat dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan