KSU Pengangkutan Keluarkan E-Mel Peribadinya Bagi Salur Maklumat
Sunday, 27 May 2007

PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) -- Selaras dengan langkah-langkah untuk memperkemas dan menjamin keberkesanan sistem penyampaian kerajaan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari mengeluarkan e-mel peribadinya untuk memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan tentang kementerian itu atau agensi di bawahnya.

Katanya beliau mengalu-alukan cadangan atau aduan yang berkaitan dengan bidang tugas kementerian itu serta semua jabatan dan agensi di bawahnya dan boleh dihubungi melalui e-mel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .

"Ini sejajar dengan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini dan sebagai salah satu usaha bagi mempertingkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan ialah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sarawak dan Sabah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Keretapi, Perbadanan Aset Keretapi, Lembaga Pelabuhan Klang, Bintulu, Kuantan, Kemaman dan Johor, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Institut Maritim Malaysia (MIMA) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

Syarikat berkaitan dengan kerajaan di bawah kementerian itu pula ialah Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Penerbangan Malaysia (MAS) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB ) manakala syarikat swasta yang dipantaunya ialah AirAsia, Monorel, Transit Rel Ringan (LRT), Express Rail Link (ERL) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

-- BERNAMA

Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan