98 pusat sehenti PBT mula operasi hari ini
Thursday, 14 June 2007
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Utusan Malaysia) -– Sebanyak 98 pusat sehenti (OSC) pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung mula beroperasi hari ini sebagai usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian kerajaan dengan lebih berkesan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, sebahagian besar pusat sehenti itu telah beroperasi bulan lalu ekoran arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 13 April lepas supaya ia diwujudkan.

‘‘Sehingga semalam, kesemua PBT telah menubuhkan pusat ini dan telah beroperasi. Mereka kini di bawah selia kerajaan negeri masing-masing ,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ka Ting berkata, OSC dilaksanakan agar segala masalah berkaitan hartanah di Semenanjung mampu diselesaikan dalam tempoh empat hingga enam bulan sahaja.

Bagaimanapun Sarawak dan Sabah tidak terlibat dalam penubuhan itu memandangkan ia mempunyai bidang kuasa serta undang-undang yang berlainan.

Penubuhan OSC itu bertujuan membolehkan semua proses berkaitan permohonan tanah untuk sesuatu projek serta kelulusan pelan bangunan dapat diselaraskan dengan tempoh pemerosesan dipendekkan antara empat dan enam bulan.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan