JPJ, Imigresen buka lebih banyak kaunter
Tuesday, 19 June 2007
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Berita Harian) -- Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masing-masing akan meningkat dan membuka lebih banyak kaunter perkhidmatan pada waktu rehat untuk orang ramai berurusan pada ketika itu. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, berkata meskipun JPJ sudah melaksanakan pembukaan kaunter pada waktu rehat, tetapi mulai sekarang jabatan itu mahu ia dibuat secara lebih menyeluruh dan membabitkan pejabat Imigresen seluruh negara.

“Kita akan lakukannya serta-merta... arahan akan dibuat segera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan Cuepacs mahu perkhidmatan kaunter di setiap kementerian dan jabatan kerajaan beroperasi sepenuhnya pada waktu rehat bagi memudahkan orang ramai berurusan, sekali gus meningkatkan lagi sistem penyampaian awam.

Presidennya, Omar Osman, berkata kesatuan berpendapat sistem sekarang menyukarkan orang ramai untuk berurusan dengan jabatan kerajaan kerana pelanggan terutama yang bekerja, hanya mempunyai kelapangan pada waktu rehat sekitar jam 12.45 tengah hari hingga jam 2 petang untuk menyelesaikan pelbagai urusan.

Wahid yang menyambut baik saranan Cuepacs itu berkata, sehubungan itu pegawai dan kakitangan JPJ mesti mengatur jadual tugas untuk melicinkan lagi perkhidmatan kaunter pada waktu rehat.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid, berkata JPJ sedang mengkaji untuk menambah jenis perkhidmatan yang boleh diberi di kaunter pada waktu rehat, selain daripada pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan yang sudah lama dijalankan.

Katanya, antara perkhidmatan lain itu ialah bagi pendaftaran dan tukar milik kenderaan.

Beliau berkata, JPJ kini dalam proses menyusun semula sistem perkomputerannya yang digunakan jabatan itu sejak 1991, dan apabila siap akan dapat mengubah sistem pekerjaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Katanya, JPJ juga akan menggunakan pendekatan baru untuk membolehkan urusan pembaharuan cukai jalan dilakukan di bank pada masa depan, seperti pembaharuan cukai jalan yang boleh dibuat di pejabat pos sekarang.

“Perbincangan awal sudah dilakukan dengan beberapa institusi kewangan... kini kita sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai mekanisme pelaksanaannya. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Apabila penyusunan semula sistem perkomputeran siap, katanya, JPJ juga merancang untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan dibuat melalui internet sama ada di pejabat JPJ atau di institusi kewangan terbabit.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan