Selesai segera aduan: KSN
Wednesday, 20 June 2007
PUTRAJAYA,20 Jun (Berita Harian) -- Kakitangan awam digesa bersikap lebih responsif, menguasai ilmu dan berkemahiran, berwibawa serta nilai integriti tinggi bagi membudayakan kerja kelas pertama.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata amalan itu selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu penjawat awam memiliki minda kelas pertama. "Perkhidmatan awam responsif bukan bermakna kita perlu memberikan perkhidmatan setiap masa tetapi memerlukan penjawat awam melakukan sesuatu dengan cepat, tepat dan adil," katanya merasmikan Seminar Psikologi Dalam Perkhidmatan Awam ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Turut hadir di majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Mohd Azhar Yahya.

Seminar dua hari bertemakan Membudayakan Kerja Kelas Pertama itu disertai pegawai sumber manusia, kaunselor dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akram) dari semua kementerian dan jabatan.

Mohd Sidek berkata, kebanyakan aduan diterima berhubung sektor awam adalah sikap kakitangan tidak responsif, lewat atau tidak mengambil tindakan terhadap aduan.

Beliau berkata, penjawat awam perlu memastikan aduan dan pertanyaan daripada orang ramai diberi respons dan tindakan segera.

“Selain respons segera, kita perlu pastikan bahawa semua tindakan yang diambil itu adalah tepat dan adil kepada semua pihak yang terbabit.

“Sebagai contoh, seorang ketua di sesebuah unit atau jabatan yang menerima aduan mengenai salah laku penjawat di bawahnya perlu berlaku adil dengan mendengar penjelasan semua pihak dan telus dalam mengambil sebarang tindakan,” katanya.

"Suatu perubahan minda besar dalam sektor perkhidmatan awam boleh dicapai jika penjawat awam mempraktikkan dan membudayakan amalan kerja positif dan responsif," katanya.

Sementara itu, Mohd Sidek berkata, pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam mulai 1 Julai ini adalah lonjakan besar dalam pendapatan serta mampu menikmati kehidupan lebih selesa.

“Sudah tentu, harapan rakyat sebagai pelanggan akan lebih tinggi,” katanya.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan