SMS cukai jalan tunggu kelulusan.
Monday, 25 June 2007
KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Berita Harian) -- Pembayaran cukai jalan kenderaan menggunakan SMS adalah antara pembaharuan yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan orang ramai di seluruh negara. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustafar Abdul Rashid, berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan bagi membolehkan SMS digunakan dan pembayaran boleh dibuat oleh pemilik kenderaan dari mana saja.

"Selain SMS, pemilik kenderaan boleh menggunakan sistem perbankan internet untuk berurusan dengan JPJ tanpa perlu ke pejabat JPJ atau Pejabat Pos," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi di Jambatan Sultan Mahmud, di sini semalam.

Ahmad Mustafar berkata, penggunaan SMS dan internet dapat menjimatkan masa pengguna kerana mereka tidak perlu ke pejabat JPJ, malah sistem berkenaan lebih efisyen.

"Sistem ini amat praktikal untuk dilaksanakan kerana memudahkan orang ramai serta menjimatkan masa mereka kerana boleh melakukan transaksi di mana saja," katanya.

Beliau berkata, JPJ akan membuka kaunter di pusat beli-belah bagi memudahkan pelanggan berurusan.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 



  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info


    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan