1,750 pemandu, pemilik teksi kena tindakan LPKP.
Thursday, 28 June 2007
PUTRAJAYA, 27 Jun (Utusan Malaysia) -- Seramai 1,750 pemandu dan pemilik teksi di Semenanjung Malaysia telah dikenakan tindakan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) atas pelbagai kesalahan sejak awal tahun ini sehingga kini. Pengerusinya LPKP, Datuk Markiman Kobiran berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil ke atas teksi bermeter berdasarkan tangkapan dan aduan orang ramai.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, 174 pemilik teksi diberikan amaran, 13 digantung permit, 65 dibatalkan permit, 840 kes masih dalam siasatan, 75 kes telah ditutup berdasarkan aduan yang tidak berasas dan 583 lagi dikompaun.

‘‘Antara kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah enggan menggunakan meter, tidak memakai pakaian seragam dan mengenakan caj yang lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sistem Semakan Permohonan Lesen LPKP Melalui Portal Usahawan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini, hari ini.

Portal Usahawan itu dilancarkan untuk memberi maklumat berkaitan keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan yang merupakan pelanggan utama kementerian selain memberi maklumat berkaitan kementerian kepada mereka.

Bagi LPKP pula, terdapat tiga jenis perkhidmatan yang ditawarkan melalui portal itu iaitu info kenderaan yang memaparkan maklumat ringkas mengenai jenis kenderaan perdagangan, pemilik, alamat dan tarikh permit sementara e-aduan pula membolehkan orang ramai membuat aduan berkaitan kenderaan perdagangan melalui laman web.

Senarai syarikat pula memaparkan senarai syarikat haulier (syarikat lori kontena) yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Mengenai portal tersebut, Markiman berkata, mulai hari ini, LPKP menambah satu lagi perkhidmatan iaitu sistem semakan status permohonan lesen LPKP untuk membolehkan orang ramai menyemak status permohonan lesen bagi permohonan baru, membaharui, permohonan semula dan ubah syarat surat tawaran yang dikeluarkan oleh LPKP.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan