Tempoh khidmat Ketua Polis Negara dilanjut.
Tuesday, 03 July 2007
PUTRAJAYA, 2 Julai (Berita Harian) -- Tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang akan bersara wajib mulai 13 September depan, dilanjutkan ke satu tempoh yang belum ditetapkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkannya berkata, perkhidmatan Musa dilanjutkan supaya beliau dapat meneruskan agendanya memerangi jenayah dan memantapkan integriti pasukan polis.

“Saya sudah lanjutkan khidmat Musa supaya dia dapat teruskan agenda membanteras jenayah serta bawa kebaikan dan ketinggian integriti polis. Mudah-mudahan usaha Musa itu berjaya,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Pengumuman Abdullah itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Musa berikutan laporan laman blog yang mendakwa kononnya beliau terbabit dalam rasuah, salah guna kuasa dan mempunyai hubungan dengan ketua sindiket jenayah terancang.

Musa bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sengaja dilakukan bagi mencemar nama baiknya dan imej polis.

Dalam ucapannya semalam, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri meminta semua kakitangan kerajaan dan rakyat bermuafakat serta bekerjasama dengan polis bagi membanteras jenayah.

“Ini dapat membentuk kekuatan rakyat hingga menakutkan pihak yang berniat melakukan jenayah. Polis sedang meningkatkan operasi mencegah jenayah dengan lebih hebat lagi. Sudah nampak jelas apa yang berlaku, segala kemudahan dan peralatan sudah ditambah. Insya-Allah, satu perkara yang menjadi masalah pada kita akan dapat dihapuskan.

"Namun, rakyat perlu memberi kerjasama kerana ancaman ini adalah masalah yang secara langsung membawa akibat tidak baik kepada rakyat. Jika rakyat bermuafakat dan tidak takut jika diugut, saya percaya kita dapat kurangkan jenayah dengan peratusan yang besar," katanya.

Perdana Menteri turut menceritakan insiden ragut yang menimpa seorang wanita di sebuah stesen minyak bagi menunjukkan betapa sikap tidak ambil peduli sebilangan anggota masyarakat menyebabkan penjenayah berani bertindak.

Katanya, kejadian ragut itu sudah tentu dapat dihalang jika orang ramai menyaksikannya tampil membantu wanita yang sedang bergelut dengan peragut bermotosikal itu.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan