PBT Selangor tak guna CTOS.
Thursday, 05 July 2007
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Utusan Malaysia) -- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tidak menggunakan perkhidmatan Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) kerana maklumat yang disediakan syarikat itu tidak terkini. Selain itu, pihak tersebut juga mendakwa mempunyai cara lain untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan iaitu melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pegawai Khas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Khairil Azhar Ismail berkata, pihak MPAJ tidak menggunakan perkhidmatan CTOS bagi mendapatkan maklumat mengenai individu tertentu.

“Pihak MPAJ tidak pernah menggunakan khidmat CTOS. Bagi mereka yang tidak membayar saman, kompaun akan dikenakan atau tindakan mahkamah akan diambil terhadap mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, CTOS tidak seharusnya mencengkam orang ramai dengan mengemukakan maklumat tidak terkini sehingga boleh menyebabkan orang ramai disenaraihitamkan oleh institusi kewangan.

Manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk M. Kayveas pula mengarahkan semua pihak termasuk agensi kerajaan, bank dan PBT yang menggunakan khidmat CTOS supaya berhenti merujuk atau mendapatkan sebarang maklumat kewangan individu daripada syarikat itu.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Helda Syima Abu Talab, pihaknya juga tidak pernah dan tidak bercadang menggunakan perkhidmatan CTOS kerana maklumat yang disalurkan tidak dikemaskini.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

  
MAMPU Director-
General

The WITSA Global ICT
Excellence Awards are held
every two years, in connection
with WITSA’s premier event;
the World Congress on IT.
MyGovernment Portal Wins
Global ICT Award - More Info

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan