|
Perkhidmatan Visa Secara Online Mulai Khamis, Kata Kedutaan Amerika. |
|
Thursday, 19 July 2007 |
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan memperkenalkan perkhidmatan permohonan visa secara online mulai Khamis, kata Ketua Pejabat Konsularnya Andrew Miller.
Katanya orang awam boleh melayari laman web http://www.vfs-usa-my.com untuk mendapatkan maklumat dan syarat permohonan visa serta sistem penjadualan temuduga.
Penjadualan temuduga membenarkan pemohon memilih tarikh dan waktu untuk temuduga.
"Proses ini adalah mudah, telus dan boleh dijangkakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan baru itu di sini.
Bagi mereka yang tidak boleh mengakses internet, mereka boleh mendapatkan bantuan dari Pusat Permohonan Visa Amerika Syarikat di Tingkat 19, Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini atau menghubungi talian 03-2166-6550 dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad atau cuti umum.
Pemohon juga boleh menghantar e-mel ke pusat berkenaan di alamat
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Miller berkata kedutaan telah menggantikan RHB Bank dengan Alliance Bank untuk pemohon membuat bayaran permohonan visa termasuk penjadualan temuduga sebanyak RM377 mulai esok.
Katanya selepas penjadualan temuduga, pemohon akan diberi nasihat secara bertulis mengenai perkara yang perlu dilakukan sebagai persediaan menghadapi sesi temuduga.
-- BERNAMA |
|
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
|