Penembusan jalur lebar 50%.
Friday, 20 July 2007
PUTRAJAYA, 19 Julai (Utusan Malaysia) -- Kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkan kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar kepada 50 peratus daripada 5.5 juta isi rumah di negara ini menjelang tahun 2010. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini, penembusan perkhidmatan berkenaan berada pada kadar 12 peratus.

‘‘Kita sedar dengan memperluaskan kadar penembusan jalur lebar, ia dapat jadi pemangkin untuk cetuskan perkembangan ekonomi negara malah dianggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar dapat ditingkatkan antara setengah hingga empat peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelan Jalur Lebar Kebangsaan, di sini hari ini.

Najib berkata, dengan adanya pembangunan isi kandungan dan beberapa khidmat yang boleh diterapkan kepada pengguna melalui perkhidmatan jalur lebar, cara dan kaedah bagi menjalankan perniagaan dan perkhidmatan kerajaan akan berubah dengan begitu ketara.

Menurutnya, perkhidmatan itu akan dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang perniagaan serta sistem penyampaian awam di pihak kerajaan.

‘‘Dari segi cara nak capai, kita akan kaji dengan lebih mendalam lagi kerana ia melibatkan pelaburan yang agak tinggi.

‘‘Kita percaya langkah ke hadapan mestilah berasaskan kepada kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta.

‘‘Kita akan adakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan Telekom Malaysia untuk menentukan langkah ke hadapan yang akan diterima oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya berapa banyak pelaburan diperlukan, Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet berkaitan perkara tersebut berkata, kerajaan memerlukan input daripada syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Menurutnya, memandangkan program itu adalah pelan kebangsaan, kerajaan akan menentukan kawasan-kawasan terpilih bagi menyalurkan perkhidmatan tersebut.

‘‘Tidak mungkin kita boleh bagi 100 peratus kerana ia memerlukan pelaburan yang terlalu besar dan kalau di seluruh negara, kita jangkakan sebanyak RM56 bilion diperlukan.

‘‘Kalau kita nak dalam kemampuan kita, kita akan tentukan kawasan terpilih,” katanya.

Selain itu, kata Timbalan Perdana Menteri, kerajaan juga akan melihat aspek permintaan dalam pembangunan isi kandungan.

Beliau berkata, ini kerana kalau kerajaan membangunkan program ini dari sudut penawaran sahaja dan tidak melihat dari aspek permintaan, ia tidak akan dapat mencetuskan permintaan untuk orang ramai menerima perkhidmatan tersebut.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan