Penembusan jalur lebar dipertingkat.
Friday, 20 July 2007
PUTRAJAYA, 19 Julai (Berita Harian) -- Kerajaan sedang berusaha meningkatkan kadar penembusan penggunaan perkhidmatan internet jalur lebar bagi meningkatkan daya saing perniagaan negara dan memantapkan sistem penyampaian kerajaan pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap usaha membabitkan sektor awam dan swasta itu akan dapat meningkatkan kadar penembusan 12 peratus daripada 5.5 juta isi rumah sekarang kepada 50 peratus menjelang akhir 2010.

Katanya, dianggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat antara 0.5 dan 4 peratus jika kadar sasaran penembusan jalur lebar itu dicapai.

“Kita sedar dengan memperluaskan penembusan jalur lebar ia akan menjadi pemangkin yang mencetuskan perkembangan ekonomi dari segi peningkatan KDNK,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Pelan Jalur Lebar Kebangsaan diperkenalkan pada akhir 2004 antara lain bermatlamat meningkatkan penyediaan prasarana internet jalur lebar dengan kadar penembusan mencapai 50 peratus pada 2008.

Sehubungan itu, Najib berkata, kerajaan akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi tempatan, termasuk Telekom Malaysia Bhd (TM), bagi merumuskan pendekatan terbaik bagi mencapai matlamat itu.

“Dalam mesyuarat akan datang saya beri pelan penebusan itu... kita perlu dapat input daripada TM dan syarikat telekomunikasi,” katanya.

Mengenai pelan sama yang sedang dirancang beberapa negeri, termasuk Selangor, Najib berkata:

“Tak apalah, ini pelan nasional. Kita akan tentukan kawasan terpilih untuk penembusan jalur lebar. Tak mungkin kita capai 100 peratus kerana ini memerlukan pelaburan terlalu besar,” katanya.
Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 

Pengumuman



 Selamat Datang ke

        Portal eKL

    

MyGov Info
Satu saluran Info Agensi Kerajaan...

Soal Selidik MyBayar
Pandangan anda mengenai pembayaran elektronik kerajaan

Direktori Perkhidmatan
Direktori Perkhidmatan Online Agensi Kerajaan 

Kliklah Siri 4
Perkhidmatan IPT !!! 




    ARTICLES

RSS eKL

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan